Entri Blog 1
Tajuk- Entri Blog 1
1. Pokemon Go Perlu Go Atau Tidak?
Kebelakangan ini, banyak orang bermain Pokemon Go sampai tergila-gila. Tetapi, apakah sebenarnya Pokemon Go? Pokemon Go merupakan sebuah permainan realitas dalam telefon pintar yang dikembangkan oleh Niantic, sebuah perusahaan yang dimiliki oleh syarikat Google (Apa Itu Pokemon Go, 2016). Permainan ini dikeluarkan pada bulan Julai 2016. Pada awalnya, permainan ini hanya terbatas untuk perangkat iOS dan Android di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia, dan Jerman. Tetapi, sekarang permainan ini sudah menjadi permainan yang paling popular di seluruh dunia.
Tidak dapat dinafikan bahawa Pokemon Go menjadi pupular kerana permainan ini telah membawa banyak kebaikan kepada pemainnya. Pertama, Pokemon Go membenarkan pemainnya memiliki tubuh badan yang lebih sihat. Hal ini disebabkan pemain Pokemon Go perlu keluar dan berjalan di luar rumah untuk mencari Pokestop. Dengan itu, mereka dapat menguatkan otot mereka semasa aktif berjalan untuk mencari Pokestop. Selain itu, Pokemon Go juga dapat membantu pemainnya untuk membakar kalori dan lemak yang ada sehingga baik untuk kesihatan. Hal ini dapat dibuktikan dengan seorang doktor yang fokus pada pencegahan obesiti, Michael Jonesco juga menyambut baik adanya permainan ini (Pokemon Go Dapat Pujian Dari Ahli Kesehatan, 2016).
Kedua, Pokemon Go memperkuat interaksi sosial pemainnya. Hal ini disebabkan pemain Pokemon Go dapat bertemu dengan pemain lain yang tidak kenal semasa bermain permainan ini. Sebagai contoh, mereka akan bertemu dan berkawan dengan pemain Pokemon Go yang lain semasa berjalan ke Pokestop. Selain itu, pemain Pokemon Go juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka semasa bermain permainan ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan setiap pemain akan saling berkomunikasi untuk mempertahankan karakter Pokemon apabila bertemu pemain lain yang ingin merebutnya (Wahyu Noor Hassan, 2016).
Ketiga, Pokemon Go meringankan tekanan pemainnya. Pemain Pokemon Go dapat melupakan masalah yang dihadapi oleh mereka semasa mereka fokus untuk bermain permainan ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan seorang pemain Pokemon Go yang bernama Jesseanne Paus mengaku terbantu daripada gangguan kecemasan dan depresi selepas dia bermain permainan ini (Main Pokemon Go Bantu Atasi Depresi Dan Kecemasan, 2016). Selain itu, pemain Pokemon Go juga dapat mengurangkan kadar tekanan mereka dengan berhubung dengan pemain Pokemon Go yang lain. Sebagai contoh, seorang pemain Pokemon Go yang sebelumnya menghadapi masalah akan menjadi lebih selesa selepas bermain sambil memberitahu masalahnya kepada pemain Pokemon Go yang lain.
Walau bagaimanapun, Pokemon Go juga membawa beberapa keburukan kepada pemainnya. Pertama, Pokemon Go menganggu keharmonian masyarakat. Hal ini disebabkan sesetengah pemain Pokemon Go akan berasa tidak puas hati dengan pemain Pokemon Go yang lain akibat Pokemon yang diingini tidak dapat ditangkap oleh mereka. Dengan itu, pergaduhan atau masalah sosial akan berlaku antara pemain Pokemon Go sekiranya mereka tidak dapat mengawal emosi mereka dengan cekap. Selain itu, Pokemon Go juga menyebabkan banyak kes kemalangan jalan raya berlaku. Hal ini dapat dibuktikan dengan pada 24 Ogos 2016, di Jepun, seorang wanita maut dan seorang lagi cedera parah apabila mereka dilanggar seorang pemandu yang sedang bermain Pokemon Go (Wanita Jepun Maut Dilanggar Pemandu Bermain Pokemon Go, 2016).
Kedua, Pokemon Go menjejaskan prestasi pemainnya. Bagi kanak-kanak dan pelajar, permainan ini akan menyebabkan mereka tidak memberi perhatian kepada pelajaran atau mengulangkaji pelajaran. Bagi orang dewasa, permainan ini akan memberi kesan kepada prestasi di tempat kerja (Lee, 2016). Hal ini disebabkan sesetengah pemain Pokemon Go tidak dapat mengawal diri dan banyak menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan ini sehingga tidak mendatangkan sebarang input. Sebagai contoh, seorang pelajar tidak dapat menyiapkan kerja rumahnya dalam masa yang ditetapkan apabila dia menggunakan kebanyakan masanya untuk bermain Pokemon Go. Selain itu, Pokemon Go mempengaruhi minda pemainnya terutamanya mereka yang masih belajar. Sebagai contoh, seorang pelajar akan bermain Pokemon Go tanpa berhenti sehingga mengabaikan pelajarannya apabila dia berasa dirinya unggul dalam permainan ini.

Ketiga, Pokemon Go membazirkan wang pemainnya. Hal ini disebabkan pemain Pokemon Go memerlukan jaringan 3G, 4G LTE atau Wi-Fi semasa bermain permainan ini. Walaupun Pokemon Go adalah percuma, mereka sebenarnya juga perlu membayar sejumlah wang untuk mendapat jaringan tersebut. Selain itu, Pokemon Go menyebabkan pemainnya perlu membazir wang untuk membayar saman yang dikenakan oleh polis trafik. Hal ini disebabkan kebanyakan pemain Pokemon Go suka bermain sambil memandu kenderaan mereka. Oleh itu, mereka akan dikenakan saman yang melibatkan sejumlah wang yang agak tinggi oleh polis trafik.
Konklusinya, Pokemon Go telah membawa banyak kebaikan dan keburukan kepada kita. Pada pandangan saya, permainan ini sebenarnya dapat memanfaatkan kita sekiranya kita tidak dikawal oleh permainan ini. Oleh itu, sebagai manusia yang berakal, marilah kita bersama-sama bermain Pokemon Go dengan cekap dan bukannya semata-mata untuk tujuan hiburan.
Rujukan
Apa Itu Pokemon Go. (2016, 21 Julai). Dipetik pada 23 September 2016, daripada https://www.islampos.com/apa-itu-pokemon-go-290683/
Pokemon Go Dapat Pujian Dari Ahli Kesehatan. (2016, 13 Julai). Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://health.kompas.com/read/2016/07/13/085633123/pokemon.go.dapat.pujian.dari.ahli.kesehatan
Wahyu Noor Hasan. (2016, 22 Julai). Ternyata Ada Sisi Positif Bermain Pokemon Go Di Smartphone. Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://arenalte.com/life/rekomendasi/sisi-positif-bermain-pokemon-go-di-smartphone/
Wanita Jepun Maut Dilanggar Pemandu Bermain Pokemon Go. (2016, 25 Ogos). Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://www.beritaharian.sg/dunia/wanita-jepun-maut-dilanggar-pemandu-bermain-pokemon-go
Lee, L. T. (2016, 11 Ogos). Menilai Baik Dan Buruk Pokemon Go. Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/menilai-baik-dan-buruk-i-pokemon-go-i-1.368962

Main Pokemon Go Bantu Atasi Depresi Dan Kecemasan. (2016, 14 Julai). Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://health.kompas.com/read/2016/07/14/104440423/main.pokemon.go.bantu.atasi.depresi.dan.kecemasan.
Wanita Jepun Maut Dilanggar Pemandu Bermain Pokemon Go. (2016, 25 Ogos). Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://www.beritaharian.sg/dunia/wanita-jepun-maut-dilanggar-pemandu-bermain-pokemon-go
Lee, L. T. (2016, 11 Ogos). Menilai Baik Dan Buruk Pokemon Go. Dipetik pada 16 Oktober 2016, daripada http://www.utusan.com.my/rencana/menilai-baik-dan-buruk-i-pokemon-go-i-1.368962

Comments
Post a Comment